top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Bangunan ketiga tertinggi di Australia ini milik Malaysia

Hari ini, bangunan "Aurora Melbourne Central" yang merupakan bangunan tertinggi di daerah perniagaan bandar Melbourne dan bangunan ke-3 tertinggi di Australia telah siap dibina.




Bangunan 88 tingkat yang bernilai AUS$770 juta (RM2.25 bilion) ini adalah projek 100% milik kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional dan mula dibina pada tahun 2015.


Seperti projek Battersea berpuluh billion Ringgit di England, projek Marina One serta Duo Residence yang juga bernilai berpuluh billion Ringgit di Singapura dan lapangan terbang Sabihah Gokcen Istanbul di bandaraya terbesar Turki, projek di Australia ini menjana keuntungan berbilion-bilion untuk negara.


Banyak lagi projek-projek seperti ini yang Rakyat tidak tahu.

Tidak ada satu negara diatas pernah menuduh bahawa negara mereka telah dijual kepada kerajaan BN dahulu.


Ya, kerajaan BN dahulu banyak membina aset negara bernilai ratusan bilion Ringgit supaya senang untuk kerajaan PH hari ini jual secara lambak.






Facebook DS Najib Razak

216 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page