top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

“Dia mengaku pemimpin Melayu hanya pasu bunga dalam DAP”

SAMSENG BERTARAF PASU BUNGA DAP


Orang ini - saya dedahkan hari ini - adalah individu yang mengaku kepada saya bahawa pemimpin Melayu pada hari ini adalah sekadar 'pasu bunga' dalam DAP.



Walaupun wakil tunggal Melayu dalam CEC DAP, orang ini mengaku kepada saya bahawa suaranya tidak diendahkan dalam mana-mana mesyuarat, kehadirannya hanya sebagai syarat kedatangan dan mendakwa Melayu dalam DAP hari ini tidak seperti zaman arwah bapa saya.

Semasa zaman bapa saya dalam DAP, arwah bukan setakat boleh 'menyinga' dalam mesyuarat CEC, malah arwahlah orang yang berkeras menundukkan orang 'seganas' mendiang Karpal Singh untuk meminta maaf kerana kenyataan - over my dead body - dalam isu hudud.


Hari ini, beliau - yang mengaku Melayu hanya pasu bunga dalam DAP - mahu tunjuk samseng setelah kerajaan Pakatan Harapan yang tunduk kepada telunjuk DAP terkantoi menggunakan jentera kerajaan dalam kempen PRK Cameron Highlands.



Buat apa nak tunjukkan samseng, kononnya singa yang mengaum kepada rakyat tetapi dalam mesyuarat DAP terus menikus? Buat apa nak takut pada tokong atau bapak tokong kerana kita sebagai orang Islam hanya perlu takut pada Allah Taala? Takkan kerana jawatan timbalan menteri maka perlu tunduk menikus melutut pada DAP?


Patutnya beliau menyinga bila DAP sokong ICERD, patutnya beliau hentak meja bila menteri DAP perlekeh pendidikan anak bangsanya, patutnya beliau menjerit tatkala ekonomi Melayu dianak tirikan pada belanjawan lepas tetapi malangnya, hanya terus menikus.


Saya akan terus mendedahkan siapa DAP kepada anda, kerana kalau nak dikira pengalaman saya berbanding 'samseng' terbaru DAP ini, saya boleh kira dah pegang poster dan jual akhbar Roket ketika beliau mungkin masih muda belia.

Amran Ahmad Nor

Ahli seumur hidup DAP (dipecat)

Timbalan Pengerusi G3


Sumber : FB Amran Ahmad Nor


732 views0 comments

Recent Posts

See All
Post: Blog2_Post
bottom of page