top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Hari paling sedih buat warga FELDA

PH tidak akan hapus hutang peneroka Felda



Kerajaan tidak akan menghapuskan hutang peneroka Felda walaupun dalam kehangatan bahang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Hinglands.


Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hutang tersebut hanya akan dihapuskan oleh agensi berkenaan berdasarkan perkara tertentu seperti dalam konteks ‘ hutang tidak wajar’.



Malah beliau menggunakan prinsip dan teras dalam Islam hutang wajib dibayar dan merupakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak iaitu peminjam serta orang yang meminjam.


“Kita perlu baca konteks yang sepenuhnya dalam manifesto PH. Hapuskan semua hutang Felda tidak wajar kerana ia satu akad yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam Islam.


“ Kerajaan hanya hapuskan hutang ‘tidak wajar’contohnya peneroka perlu berhutang untuk guna baja import yang mahal dan dalam masa yang sama kita mahu galakkan mereka guna baja tempatan.


“Selain itu kita hanya hapuskan kadar faedah hutang peneroka, itu pun ikut keadaan ekonomi semasa,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke tapak projek rumah generasi Kedua Felda Sungai Koyan 2 di sini hari ini.


Sumber : Utusan ONLINE.


Masih terngiang di telinga akan ’tangisan’ dan ‘janji’ manis Mazlan Aliman Pengerusi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum PRU14 yang berjanji kepada warga FELDA bahawa semua hutang mereka akan dihapuskan.


Gugur air mata Mazlan Aliman ketika berkempen PRU14, tetapi hari ini di mana air mata beliau? Mungkin sudah kering, yang tinggal hanya ‘air kecing’ dan bau hancing yang diberi kepada rakyat dan warga FELDA khasnya.



2,189 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page