top of page

Irfan Shamsuddin kecewa, atlet emas negara bayar ‘coach’ guna duit sendiri

  • Writer: Selamanya UMNO
    Selamanya UMNO
  • Jan 17, 2019
  • 1 min read

17 Januari 2019


ree
Sumber : Mstar

Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Melalui satu hantaran di instagram beliau, Irfan menyatakan bahawa beliau kini sukar untuk berlatih tanpa jurulatih dan tidak mampu ke kem latihan kerana tiada peruntukan.


Irfan pada awal nya mempersoalkan tindakan Syed Saddiq membatalkan program PODIUM yang telah mengakitbatkan jurulatih beliau diberhentikan serta merta. Jurulatih tersebut telah melatih beliau selama 6 tahun dan bersama-sama mencipta kejayaan memecahkan rekod kebangsaan sebanyak 13 kali, dan mengharumkan nama negara di sukan SEA dengan pencapaian emas 3 kali berturut-turut.


Lebih malang lagi, Irfan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos jurulatih sementara yang beliau lantik atas inisiatif beliau sendiri. Dalam pada itu, Irfan mempersoalkan tentang misi dan visi sukan negara serta apa yang dimaksudkan oleh Youth Power yang sering dilaungkan oleh Syed Saddiq.


ree

Sumber: https://www.instagram.com/p/BssrvTBAIyn/?utm_source=ig_web_copy_link




Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by selamanyaumno. Proudly created with Wix.com

bottom of page