top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Majlis Tindakan Ekonomi satu lagi pembaziran wang rakyat

Apa fungsi sebenar Majlis Tindakan Ekonomi? Elok pecat sahaja semua Menteri dan Timbalan Menteri.


Perdana Menteri umum penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi. Kononnya untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.


MTEN pernah diwujudkan oleh PM-4 pada tahun 1998 pada ketika itu untuk bantu Malaysia untuk keluar dari krisis kewangan Asia.


Tapi sekarang, Menteri Kewangan asyik ulang ekonomi Malaysia dalam keadaan kukuh.


Mungkin tak cukup 28 Menteri dan 27 Timbalan Menteri yang ada sekarang ini untuk fikirkan tentang pemasalahan negara sebab tu perlukan majlis ni.

Entah apa fungsi dan peranan MTE yang diwujudkan oleh PM-7 kali ni.



1. Boleh naikkan harga minyak sawit yang dah turun dari RM2700 ke 2000 setan?


2. Boleh kembalikan bantuan kepada rakyat B40 yang sedikit demi sedikit ditarik balik oleh Kerajaan PH?


3. Boleh kembalikan tahap dan konsistensi pengagihan sara hidup/tunggakan kepada warga peneroka Felda?


4. Boleh naikkan keyakinan komuniti perniagaan segenap bangsa yang rata-ratanya sedang memperlahan pelaburan dan pengambilan pekerja ekoran pengurusan ekonomi yang pincang?


5. Boleh yakinkan atlet-atlet yang tertunggu bantuan Kerajaan yang sibuk jaja satu dunia konon takda duit hutang trilion dan sebagainya?


6. Boleh bantu perkasakan sekolah tahfiz yang menunggu bantuan setanding sekolah persendirian Cina?


7. Boleh buat rumah mampu milk terutamanya untuk miskin bandar?


8. Boleh tunaikan janji penangguhan bayaran PTPTN?


9. Boleh selesaikan kes "ijazah palsu" milik Menteri PH atau nak tambah lagi geng beli ijazah Cambridge rumah kedai?


Bukankah kebanyakan isu diatas adalah contoh kerja asas Kerajaan dan Kabinet? Nak Majlis ni.. tambah jawatan, tambah belanja untuk apa?


10. Atau MTEN ini semata-mata nak sideline bakal Perdana Menteri? Haha


Shahril Sufian Hamdan

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

28 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page