top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

PENCABULAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEDANG DIUSAHAKAN



Pasukan Petugas Dasar UEC telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia susulan daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2018 yang lalu.


Pasukan petugas yang ditubuhkan terdiri daripada 3 individu yang mana dua daripadanya adalah berbangsa Cina manakala hanya seorang sahaja yang berbangsa Melayu.


Lebih malang apabila salah seorang daripada petugas berbangsa Cina itu adalah Timbalan Presiden Dong Zong dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia - China.


Dong Zhong adalah Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia yang sejak sekian lama mendesak kerajaan mengiktiraf UEC yang diguna pakai sekolah persendirian Cina.


UEC pula adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996, dan tidak pernah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Melihat kepada komposisi jawatan individu-individu yang dilantik sebagai petugas dasar UEC ini, amat tipis untuk UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan hari ini dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.


Amat tidak patut untuk pihak kerajaan dan KPM mengiktiraf UEC yang menggunakan sistem pendidikan dan sukatan pelajaran dari negara Taiwan untuk memberi tempat kepada pemegang UEC dalam sektor pendidikan negara dan perkhidmatan awam.


Adakah sijil peperiksaan awam dari acuan sistem pendidikan kebangsaan tidak mencukupi untuk anak bangsa Malaysia?


Jika Taiwan mewajibkan pelajar Malaysia memiliki sijil UEC untuk mereka melanjutkan pelajaran di sana, maka apakah wajar bagi kita memberi kelonggaran kepada lulusan UEC untuk berada dalam sektor pendidikan dan sektor awam negara kita sedangkan mereka ini ada yang gagal mengikuti sistem pendidikan kebangsaan?


Dasar pendidikan kebangsaan asasnya adalah untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita tetapi nampaknya bangsa DAP ini lebih suka mengasingkan bangsa mereka dan membina dinding pemisah antara rakyat di negara ini.


Tidak cukupkah lagi SJKC dan SJKT mewujudkan jurang pemisah hinggakan perlu ditambah UEC sebagai tambak yang baru?


Malaysia ini hanya sesuai untuk rakyat yang mempunyai jatidiri Malaysia, bukannya yang berkiblatkan negara asing hinggakan untuk berbahasa kebangsaan pun berbelit lidah mencucuk lelangit!


Awas, jangan cuba dicabuli dasar pendidikan kebangsaan!


Tinta Marhaen

21 Mac 2019

276 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page