top of page

SPR ‘langgar’ undang-undang sendiri

  • Writer: Selamanya UMNO
    Selamanya UMNO
  • Jan 24, 2019
  • 1 min read

TUN PEDULIKAH DENGAN SPR?



Pengerusi SPR kata anggota kabinet tidak boleh kempen waktu kerja.


Peraturan ini tertakluk kepada semua Menteri termasuklah Perdana Menteri.


Tadi kain rentang telah naik memaklumkan bahawa Jumaat ini Perdana Menteri Tun Mahathir akan pergi berkempen di PRK Cameron Highlands pada pukul 11 pagi.


Nampaknya beliau tidak peduli saranan Pengerusi SPR.


Saya ingin lihat sama ada Pengerusi SPR berani atau kecut untuk tegur Bossmu Perdana Menteri.


P/S:

Kalau beliau ambil cuti macam alasan YB Wan Azizah, YB Fuziah dan lain-lain, maka semua pegawai Kerajaan dan pengiring kerajaan dalam rombongan beliau juga kena ambil cuti. Dan semua perbelanjaan hotel, minyak dan sebagainya kena bayar sendiri dan tidak boleh claim dari Kerajaan.


Seperkara lagi, cuti kena ambil sebelum pergi dan sebelum ditegur wahai YB-YB, bukan backdate permohonan cuti lepas kena tegur.


Dan satu lagi, majlis ini kan pukul 11 pagi, apa pasal temanya “Sepetang” pula? Aduhai..



Sumber : FB Hisham Jalil

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by selamanyaumno. Proudly created with Wix.com

bottom of page