top of page

Adun Semenyih meninggal dunia

  • Writer: Selamanya UMNO
    Selamanya UMNO
  • Jan 11, 2019
  • 1 min read

SHAH ALAM, 11 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada jam 4.45 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.


Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham yang berusia 57 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang.


“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Jalan Sungai Lalang, Tekala dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.


“Untuk makluman, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan golongan yang soleh,” katanya dalam kenyataan.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohd Bakhtiar menang kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).


Sumber : Selangorkini

langorkini

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by selamanyaumno. Proudly created with Wix.com

bottom of page