top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Dah sebulan, mana laporan arwah Adib?



Merujuk kepada berita Berita Harian pada 26 Disember 2018, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye memberi jaminan bahawa laporan akhir bagi mengetahui punca kematian arwah Mohd Adib akan siap dalam tempoh sebulan.


Hari ini sudah 28 Januari 2019, sudah lebih dua hari dari tempoh sebulan seperti yang di janjikan. Mana laporan? Rakyat nak tahu kebenaran! Jangan main ‘tarik-tali’


Petikan berita asal

sumber : Berita Harian 26/12/2018


Laporan akhir bedah siasat Adib siap sebulan lagi



IPOH: Laporan akhir bedah siasat bagi mengetahui punca kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dijangka siap dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.


“Selalunya, mereka (ahli patologi) memerlukan ujian darah dan keputusan itu dijangka akan siap dalam sebulan. Kamu tahu berapa lama keputusan ujian toksik ke atas Michael Jackson? Whitney Houston? Laporan begini mengambil masa berbulan-bulan, walaupun di Amerika.


“Sesetengah kecederaan yang dialami oleh Adib, apakah jenis kecederaan...saya rasa ahli patologi akan tahu apakah kecederaan dalaman yang dia (Adib) alami (punca kematian).


“Ahli patologi akan tahu sama ada perlu atau tidak untuk menjalani ujian darah untuk kesinambungan kecederaan yang dialami oleh Adib,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program gotong-royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan di sini, hari ini.


Tambahnya, sekiranya laporan kecederaan sudah cukup untuk mengetahui punca kematian, maka ahli patologi tidak perlu menunggu keputusan ujian darah.


Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya cedera parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lepas.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

200 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page