top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Demi Alif Ba Ta

‘Tak ada lagi tiga penjuru selepas ini'


Khamis | 24 Januari 2019


CAMERON HIGHLANDS - Pas menjangkakan tiada lagi pertembungan tiga penjuru dalam mana-mana pilihan raya selepas ini.


Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, PRK Cameron Highlands yang menyaksikan Pas dan BN bekerjasama menentang PH bakal menentukan hala tuju politik negara pada masa akan datang.


"Ini adalah satu signal kepada PH bahawa pertembungan politik akan datang adalah dua penjuru, tidak lagi tiga penjuru. Walaupun terdapat parti Bebas bertanding termasuk di PRK Cameron Highlands, tetapi yang menjadi pemain utama dalam politik negara ada dua.



"Iaitu PH yang memerintah kerajaan Pusat dan muafakat pembangkang yang makin utuh. Ini membimbangkan PH yang kita lihat makin hari makin retak, hanya menunggu belah," katanya dalam Pidato Pemuda Umno-Pas di Tanah Rata, malam tadi.


Turut hadir, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Menurut Muhammad Khalil, PRK Cameron Highlands juga menunjukkan muafakat politik antara dua parti politik Melayu terbesar dalam negara iaitu Umno dan Pas.


"Ia memperlihatkan bahwa kita boleh bersama dalam perkara prinsip dan asas, iaitu Islam, Melayu dan Bumiputera.


"Ia juga tunjukkan bahawa politik negara akan menuju pada satu wajah baharu yang membimbangkan PH yang kita lihat tak tentu hala tujunya, asyik berbalah antara satu sama lain," katanya.



"Ia juga tunjukkan bahawa politik negara akan menuju pada satu wajah baharu yang membimbangkan PH yang kita lihat tak tentu hala tujunya, asyik berbalah antara satu sama lain," katanya.


Sumber : Sinar Harian

234 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page