top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

“Institut Mohamad Hassan kata BN menang 55 peratus” sinis TokMat Hassan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan secara sinis mendakwa BN kini mendapat sokongan 55 peratus sekali gus mendahului Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.



Menurut Timbalan Presiden UMNO itu juga, peratusan tersebut hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Institut Mohamad Haji Hasan.

Jawapan Mohamad tersebut sebagai maklum balas terhadap dapatan kajian lapangan yang telah dilakukan oleh badan penyelidik pilihan raya, Institut Darul Ehsan (IDE).


"Saya tidak kata tidak percaya tapi Institut Mohamad Haji Hasan kata kita 55 peratus.

"Kita tak perlu rasa kecil yang penting kita mesti bekerja dan bertugas untuk memastikan dan meyakinkan pengundi," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pengumuman dan pengenalan calon BN bagi PRK Semenyih di Pusat Gerakan BN, Plaza Dato' Mohd. Said, Semenyih, dekat sini hari ini.


Hari ini media melaporkan PH mendahului dengan sembilan peratus daripada BN dalam PRK Semenyih berdasarkan dapatan kajian lapangan IDE pada 31 Januari hingga 1 Februari lalu.


Timbalan Pengerusi IDE, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sokongan terhadap PH masih tinggi dengan 46 peratus berbanding BN yang hanya mendapat 37 peratus.


UTUSAN ONLINE

432 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page