top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Khalid Samad ‘menipu’ lagi

13 Januari 2019



Dalam satu temu bual bersama sebuah media tempatan, Menteri Wilayah Persekutuan YB Khalid Samad bercerita tentang apa yang beliau dan kementerian seliannya sedang lakukan dan perancangan masa hadapan termasuk kewujudan Majlis Menteri Wilayah Persekutuan.


Menurut beliau, Majlis Menteri Wilayah Persekutuan ini pertama kali di wujudkan dan ianya melibatkan semua Ahli Parlimen dalam Wilayan Persekutuan. Menurut nya lagi, majlis ini tidak pernah diadakan ketika di zaman pemerintahan Barisan Nasional dan ia adalah perubahan yang baru dilakukannya.


Selain itu, beliau juga dengan sinis berkata ketika zaman Barisan Nasional, hanya Ketua-Ketua Bahagian UMNO sahaja yang dijemput untuk terlibat dalam perancangan Wilayah Persekutuan.


“Kita adakan dalam DBKL itu Majlis Menteri Wilayah Persekutuan,kita panggil Ahli-Ahli Parlimen datang, duduk dan (mereka) merancang bersama” katanya.


“This is the first time, kalau dulu Ahli Parlimen ni diorang (Menteri) langsung tak hirau pun, diorang (Menteri) bawa Ketua Bahagian UMNO je untuk berbincang” kata beliau.



1,898 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page