top of page
Writer's pictureSelamanya UMNO

Pinjaman Ah Long ‘ganti' Amanah Ikhtiar

Updated: Jan 14, 2019

AIM dibatalkan, AhLong Berlesen diperkasakan.


Permainan apa yang si Zuraida ni cuba mulakan?


Sebelum ini, kerajaan umumkan akan membatalkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang selama ini memberikan pinjaman kepada ratusan ribu wanita yang mahu memulakan perniagaan.


Maka ramailah wanita diluar sana yang kehilangan sumber modal untuk memulakan perniagaan.


Terkini, si Zuraida umumkan pula akan memperkasakan kembali peminjam wang berlesen. Nampaknya kerajaan komited untuk menjenamakan semula peminjam berlesen supaya keyakinan rakyat meningkat terhadap peminjam berlesen.


Siapa itu peminjam berlesen? Secara peribadi saya lihat mereka sebagai AhLong berlesen. End of story.


Anda nampak apa yang saya nampak ?


Bila tiada lagi AIM, kerajaan pula mempromosikan AhLong berlesen ini, maka seolah-olah kerajaan mahu wanita-wanita diluar sana yang mahu memulakan perniagaan tetapi tiada modal, supaya meminjam daripada Ahlong berlesen ini.


Adakah kita akan dapat lihat peningkatan kes-kes simbah cat,ugutan dan pelbagai lagi kaedah yang sinonim dengan cara AhLong memungut hutang?


Nampaknya kerajaan baru ini sangat 'bijak' dan komited dalam membantu golongan usahawan wanita yang baru mahu memulakan perniagaan.


Tahniah rakyat Malaysia.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/518178/pemberi-pinjam-wang-akan-dijenamakan-semula


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/506240/kerajaan-batal-aim


FB : Nazrin Norani


*Perkongsian ini adalah pandangan peribadi penulis.

7,604 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page