top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Naib Presiden guna pengaruh lantik anak dalam agensi?

Masalah kronisme dan nepotisme dalam kerajaan pakatan harapan bukan lagi satu rahsia. Daripada peringkat persekutuan sehingga lah terkini di peringkat agensi.


Terbaru, satu laporan yang dihantar melalui email ke inbox selamanyaumno memperinci bagaimana seorang Naib Presiden dalam Perbadanan Putrajaya menggunakan kapasiti beliau yang berjawatan tinggi untuk mempengaruhi perlantikan anak perempuan beliau ke jawatan pegawai di bahagian kewangan di agensi tersebut.


Menurut laporan , anak Naib Presiden yang berpangkat Datuk tersebut tidak melalui proses yang betul seperti kebiasaan. Sebelum dilantik, setiap pemohon perlu melalui beberapa ujian termasuklah ujian fizikal, peperiksaan dan temu duga.

Namun, berdasarkan maklumat dalaman , anak Datuk tersebut tidak melalui segala proses tersebut dan anak perempuan nya terus dilantik ke jawatan 41.


Ini tidak seharusnya berlaku. Bagaimana sebuah agensi kerajaan boleh mengubah polisi dan prosedur sesuka hati? Adakah bahagian pengambilan mendapat arahan tertentu?

Rakyat mahu supaya SPRM memantau salah guna kuasa oleh pegawai-pegawai kerajaan ini seperti yang di hebohkan oleh Atok yang mahu melawan rasuah dan penyelewengan.


Atau memang benar sangkaan rakyat hari ini bahawa SPRM hanya membuat siasatan dan pendakwaan terpilih sahaja?


Kepada YB Menteri Wilayah Khalid Samad. Adakah sebagai Menteri YB tidak tahu tentang apa yang berlaku di agensi seliaan YB? Atau YB sebenarnya menghalalkan perilaku keji seperti ini?


Tindakan ini bererti menghina penjawat awam lain yang jauh lebih layak dan telah berkhidmat jauh lebih lama dan berpengalaman dalam agensi tersebut.

Perbadanan Putrajaya tidak ubah seperti sebuah agensi atau syarikat keluarga jika perkara ini berterusan.



Nota kaki : Nantikan episod bongkar seterusnya tentang seorang Naib Presiden yang menggunakan kuasa beliau untuk mencabul kakitangan awam.



738 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page