top of page
  • Writer's pictureSelamanya UMNO

Penulis dakwa ‘tangan ghaib’ beri projek di Putrajaya


Surat terbuka kepada Tun M tular, dakwa tangan ghaib beri projek landskap lebih 1 juta tanpa proses yang betul.

Kecoh hari ini tentang perkongsian surat terbuka oleh insan yang menggelar diri nya sebagai warga Putrajaya Prihatin.


Dalam surat tersebut turut di dedahkan no telefon untuk dihubungi. Dalam kandungan surat tersebut penulis menzahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan tanpa merujuk mana-mana kementerian atau agensi berkaitan.


Penulis surat tersebut memberitahu bahawa sebuah syarikat telah dianugerahkan projek landskap di beberapa kawasan sekitar Putrajaya dengan projek bernilai lebih satu juta tanpa melalui proses tender yang betul.


Surat tersebut turut di hantar kepada SPRM, Menteri Wilayah dan Biro Pengaduan Awam.


Ada beberapa persoalan lain yang penulis bangkitkan antaranya kerja-kerja tersebut telah bermula sejak 16 September 2019, sedangkan tender tersebut baru sahaja lulus. Bagaimana syarikat tersebut boleh mula kerja tanpa Surat Setuju Terima. Bagaimana syarikat tersebut sudah mengetahui bahawa mereka pasti berjaya mendapat projek tersebut?


Selain itu, penulis mendakwa harga yang ditawarkan oleh syarikat tersebut jauh lebih tinggi daripada tawaran lain. Jadi beliau mengatakan ada tangan ghaib yang melakukannya.


Penulis juga mendakwa pokok dan landskap yang dibekalkan adalah tidak berkualiti dan akan tua sebelum tempoh matang. Ia berdasarkan lawatan ke kawasan terbabit dan mengajak orang ramai untuk menilai sendiri keadaan landskap di kawasan yang beliau nyatakan iaitu di Persiaran Sultan Salehudin Abdul Azizi Shah, Seri Perdana dan Kompleks Seri Perdana.


Berdasarkan rujukan dan carian, projek ini adalah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya. Jadi persoalannya siapakah tangan ghaib tersebut?


Mungkin Menteri Wilayah boleh beri penjelasan lanjut. Kerana ini isu intergriti dan wang rakyat. Ekonomi rakyat semakin sempit, kerajaan terus boros dan menjaga kroni.

287 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page