top of page

Kelab malam VVIP mampu hadiahkan ‘Lamborghini Huricane’ masih operasi secara haram

Sebuah kelab mewah ‘9 Club’ di Jalan Kampung Pandan masih beroperasi tanpa lesen walaupun telah beberapa kali serbuan di lakukan oleh pihak berkuasa.


Kelab mewah tersebut pernah menarik perhatian media sewaktu serbuan pertama kali di adakan pada awal tahun 2018 yang mana kelab tersebut telah beroperasi sekian lama tanpa lesen.



Persoalannya bagaimana sebuah kelab mewah yang tersergam nyata dan jelas di Jalan Kampung Pandan begitu “kebal” beroperasi tanpa lesen dari pihak DBKL untuk premis mahu pun dari pihak Kastam untuk penjualan arak

Mengikut peraturan sesuatu permohonan lesen penjualan arak adalah melalui pihak Kastam dan hanya boleh di jual apabila sudah mendapat lesen.


Selain itu, bagaimana pula pihak Tenaga Nasional boleh membekalkan elektrik dan Syabas membekalkan air.


Adakah semenjak awal tahun 2018 hingga sekarang kelab mewah itu “kebal” dan di lindungi oleh pihak atasan.


Jika kerajaan sebelum ini boleh mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan haram seperti ini, kenapa kerajaan ‘Malaysia Baru’ tidak mampu lakukan?



Mohon pihak SPRM siasat pihak DBKL dan Kastam Diraja Malaysia.


Rujukan :

http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/kelab-elit-haram-kaut-untung-berjuta-diserbu-1.615923


https://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=675360?&styleid=7


http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/kelab-malam-kaut-untung-berjuta-diserbu-1.615506

197 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page